Deprecated: trim(): Passing null to parameter #1 ($string) of type string is deprecated in /home/jadijudi/public_html/wp-content/plugins/wordpress-seo/src/presenters/open-graph/image-presenter.php on line 102

DJ Lin tunda pembedahan karena takut

Penyampai radio Onbet789 FM, DJ Lin yang menjalani pembedahan membuang fibroid, Selasa lalu, mengakui nyaris menunda prosedur itu disebabkan terlampau takut.

Lin atau nama sebenarnya, Roslinda Abdul Majid, 43, berkata dia sempat meninggalkan pesanan dan amanat kepada keluarga, rakan sekerja serta pendengar sebagai persediaan jika sesuatu berlaku kepadanya.

Fibroid itu membesar dengan cepat sehingga tujuh sentimeter dalam tempoh beberapa bulan, membuatkan saya kesakitan.

“Dalam tempoh itu, saya mengalami pendarahan yang banyak dan berpanjangan, selain cepat letih serta masalah vertigo kerana kekurangan oksigen dalam badan.

“Doktor sarankan supaya saya menjalani pembedahan. Perasaan saya berbaur, antara takut dan terpaksa. Dua hari sebelum dimasukkan ke wad, saya hampir menghubungi doktor untuk menunda pembedahan.

“Saya juga sempat menyiapkan pelan perancangan radio sepanjang Ramadan dan Syawal nanti untuk memudahkan semua pihak sekiranya apa-apa terjadi,” katanya di onbet789.

Lin yang mengendalikan segmen Suria Cinta berkata, emosinya juga sedikit terganggu, tetapi dia cuba menyembunyikan kebimbangannya daripada pengetahuan rakan sekerja.

Namun, kata Lin, air matanya tumpah ketika mengadakan pertemuan bersama mereka sebelum bercuti panjang.

“Saya tidak tahu kenapa tiba-tiba saya menjadi sangat rapuh. Mungkin kerana ia antara hidup dan mati, membuatkan air mata saya tumpah.

“Kami sudah seperti keluarga. Sempat saya meminta maaf andai selama bekerjasama, saya pernah terkasar bahasa dengan mereka,” katanya.

Ibu kepada dua anak itu bagaimanapun, bersyukur prosedur laparoscopy yang memakan masa kira-kira empat jam di sebuah pusat perubatan di Petaling Jaya, Selangor itu berjalan lancar.

“Alhamdulillah, pembedahan berjalan lancar dan doktor memaklumkan, turut membuang cyst yang baru dikesan ketika prosedur itu dijalankan.

“Ketumbuhan fibroid saya agak besar menyebabkan proses memecah dan menyedut keluar memakan masa. Terima kasih kepada semua yang mendoakan saya, termasuk peminat,” katanya yang bercuti selama dua bulan.

Lin berkata, kali terakhir dia bercuti panjang ketika mengerjakan umrah selama dua minggu pada 2011 dan 2012.

Artikel Terkait

Tinggalkan Balasan

Alamat email Anda tidak akan dipublikasikan. Ruas yang wajib ditandai *

Back to top button

Notice: ob_end_flush(): Failed to send buffer of zlib output compression (0) in /home/jadijudi/public_html/wp-includes/functions.php on line 5373